My Photo
Powered by Friendster Blogs

August 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31            

幸福

人は何を求めて生きてる?

相変わらずおれはこういうことを考えるのが好きだ。

人は皆幸せを求めて生きてる。多分そうだろう。しかしそれは多分人それぞれ違うだろう。幸せの形は人それぞれ違うからだ。

お金を幸せだと思う人もいれば、友情が大事だと思う人もいる。仕事が大事だと思う人もいれば、愛情が大事だと思う人もいる。

だけどそれ以上に、人は幸せを手に入れた先に何を求めるのか?幸せでないときに幸せを求めて生きているならば、幸せを手に入れたならばすべてが終わるんではないだろう?

そう、それは幸せという形をプラスのもにしか見ていないからだ。

人はいつも辛いとき、悲しいとき、寂しいとき、幸せを心のそこから求める。しかし人はいつも見落としている。実はその苦しみ、悲しみもすべて幸せの一環であるのだということを。

苦しんでで悩めるからこそ生きていることに意味がある。悲しんで心が痛いからこそ生きているのだと実感できるのだ。

苦しみや悲しみのようなネガティブも幸せに取り組んでみる、幸せでない人というのは感情がないものだけだということがわかる。

逆に言うと感情があるからこそ人は幸せを求める。それをまた逆に言うと幸せとは”感情”を感じることが幸せではないだろうか?

貧しい人がお金持ちになる話をよく聞く。しかし結果、彼らは貧しいときに必死でがんばっった思い出、自分が幸せだということに気づく。

そう、その通りである。

人は何か目標を達したときに幸せになるのではない。何かを達するためにがんばっているときが幸せの絶頂期なのである。

幸せとは、幸せを感じようとがんばっているときが一番の幸せなのである。

だからいつまでもいつまでもがんばってあきらめるな。それが幸せなのだから。

                            

Osaka Philharmonic Orchestra

Sudah lama rasanya saya tidak melayan hobi mendengar "classic" saya ini.

Baru-baru ini,saya telah dapat maklumat mengenai Ochestra Show di Osaka secara tidak langsung,dan alhamdulillah,semalam berkesempatan untuk pergi melihat dan mendengar shownya.

Kali terakhir saya menghadiri majlis seperti ini rasanya 4 tahun yang lepas di Malaysia,iaitu Malaysia Philharmonic Ochestra.Cuma malangnya,show yang saya pergi di Malaysia itu hanya "mini concert" yang musicnya hanya dimainkan oleh sekitar 10 orang sahaja.Saya kurang sedikit meminati bahagian ini.

Cuma banyak juga perkara baru yang saya dapat dari pengalaman itu.

Antaranya mengenai etika show.Memang sebelum itu tidak pernah saya tahu,rupa-rupanya show seperti ini ada etikanya tersendiri,terutama pakaian.Baju mesti kemeja,tai,kalau nak lagi,lengkap suit.Seluar jeans dilarang sama sekali.Kasut mesti kulit.Saya sengaja telah mencuba untuk memakai kasut sukan pada hari tersebut,tetapi nampaknya mata pengawalnya sungguh tajam,dan saya ditahan.Saya cuba berdalih,dengan menyatakan bahawa ia merupakan pengalaman pertama saya,dan saya tidak tahu etikanya merangkumi kasut.Setelah pengawal membuat perbincangan panjang mereka bersama,saya telah dibenarkan untuk melihat show,secara "special".

Apa yang special?

Saya dibawa ke satu tempat yang asing dari tetamu lain,tidak seperti mana tempat yang tertulis dalam tempahan tiket saya.Ini dikatakan supaya kehadiran saya yang melanggar etika tidak diketahui orang lain,untuk menjaga protokol mereka.Tempatnya memang sangat "strategik",dapat memandang keseluruhan pentas show,tetapi musicnya kurang jelas kerana jarak yang agak jauh dari pentas.

Berbanding dengan Malaysia Philharmonic,Osaka Philharmonic pula sangat longgar etikanya.Tidak ada kod pakaian ketat seperti di Malaysia,dan kelihatan juga beberapa pelajar sekolah yang hadir dalam majlis dengan pakaina seragam.Dengan ini,mungkin ramai orang rasa lebih mudah untuk datang ke show,sebab kadangkala orang ramai malas dan meluat dengan etika dan protokol majlis seperti ini.

Cuma,semalam saya dapat tahu,rupa-rupanya Osaka Philharmonic juga dilanda masalah yang sama dengan Malaysia Philharmonic,iaitu masalah kewangan.Malaysia Philharmonic telah ada ura-ura ke arah menghentikan show seperti itu,kerana kosnya yang begitu tinggi.Osaka Philharomic pula,kos tanggungannya oleh majlis perbandaran selama ini akan dipotong mulai bulan depan,dan krisis masalah kewangan ini beolh membawa nasib yang yang hampir sama dengan Malaysia Philharmonic.

Saya faham,memang kalau dipandang dari sudut orang yang hidupnya kurang senang,ia suatu pembaziran wang,kerana ramai lagi orang yang kekurangan pendapatan,dan memerlukan wang tambahan untuk menyara kos hidup mereka.

Namun,bagi saya ia satu seni yang harus dikekalkan,walaupun mungkin orang Malaysia dan Jepun kurang meminati bidang "classic" ini.Jadi mungkin kos tanggungan untuk show seperti ini boleh dibincangkan di masa hadapan,supaya ia tidak membebankan mana-mana pihak.

Mendengar classic di Mp3 juga satu caranya,tetapi kadang-kala hobi seseorang menginginkan untuk mendengar yang "live".

Begitulah pengalaman saya di Jepun semalam.

Sedikit luangan masa merehatkan minda,dalam kesibukan dengan urusan dunia di sini....

Imam Hassan Al-Banna

From:iuvislam.com

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.


Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.

Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yaug serba sederhana.

Hassan al Banna merupakani anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.



Ayah Hassan Al Banna


Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abd Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.

Sifat kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-lkhwan al- Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin

Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.

Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain..


Menubuhkan lkhwan Muslim

Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.

Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab, ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua.

Setelah berkhidmat selarna 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

Di dalam buku "Letter To A Muslim Student" (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan Muslimin dijelaskan: Pencapaian Hassan al Banna yang paling membanggakan ialah kernampuannya membangunkan organisasi yang canggih dan berjaya menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan sebenar. Ikhwan bukan sekadar pertubuhan yang berasaskan sosial, politik atau kumpulan agarria tetapi lebih dari itu.

Menurut Dr. Muhammad Karnal khalifah, Pensyarah di Universiti Cairo melalui mukadimah buku Ikhwan Muslimin dan Masyarakat Mesir, kemunculan Hassan Al Banna yang mendapat inspirasi dari Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenar-benarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk menyebarkan akidah yang sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang Islam dan sistemnya. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha beliau ini amat dikagumi masyarakat Mesir sehingga Islam kembali kepada kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat.

 




Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.


Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas.

lkhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesernuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil-kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara.

Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam.

Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda. Malah pegawai atasan British menjelaskan bahawa dunia sangat fragile dan Mesir perlu dibangunkan sebagai negara yang moden dan makmur.


Pengharaman Ikhwan Muslimin dan Pembunuhan Hassan AI-Banna

Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya.

Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara.

Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.

Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.

Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.


Pengurusan Jenazah

Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.

Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.

Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis ruenjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.

Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.

Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid.

Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat. Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.

Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat.

Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.

Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin,

Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.

Sumber: Majalah I, April 2003

Lelaki Idaman

From:iLuvislam.com

Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu
daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa

Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??

人は何を望むのか

最近、おれはこんなことばっかり考える......


たぶん、ようやく自分が生きる目的を見つけたからだろう。


日本に来てからは、10年間念願だった希望が叶って、正直困った。


そしておれはふと思った.....

”何でおれは目標を達成したのにこんなにも幸せな気分になれないんだ”



人は何かを必死に追いかけると周りのものが見えなくなる。

それは欲望か、はたまた本能か?



おれは人生でもっとも願っていた希望が叶い、もっとも幸せなひとときを経験したのは事実だ。ただ、それはほんの一瞬にしか過ぎない。



では、一生の幸せを掴むにはどうすればいい?いや、それ以上に永遠の幸せなどあるのか?

答えは:ノーだ。



永き幸せなどこの世にはない。いや、あってはならない、といったほうが正確だろうか。

人はそれぞれ生まれつき持った才能に恵まれたものもいれば、逆に生まれつきにして人より欠けたものもいる。それは神の行いであり、決しておれたちがどうにかできることではない。



善があれば悪がる。同様に永遠の幸せがあれば、永遠の不幸も存在しなければならない。それは言うまでもなく、”不公平である”。

必死にがんばり、生まれつきの不幸から逃れようとする人がいる。だから幸せも簡単に手に入ってはダメなんだ。不幸がそうであるなら、幸せも必死にがんばって手に入れなければならない。

そして、それは長く続かないからこそ、より幸福に感じるのだ。長く続かないからこそ、人はそれを思い出として大切にしていく。長く続かないかrこそ、人は生きるための次の目標が立てられる。




人は何を望むのか?

幸福、快楽、快適......並べてけばたぶんキリがないだろう。

しかし、本当にその言葉が人を幸せにするのか。

いや違う。そう思っているような人は、まだ幸福が、いかに人を不幸にするのかを知らないからだ。




幸せは、目標が達成したあかつきに得るものではない。幸せは、”幸せに向かってがんばっている時”が一番幸せなんだ。

だから、おれは幸せを求める必要などないんだ。望む必要などないんだ。期待する必要などないんだ。心配する必要などないんだ。



なぜなら......



今がおれにとっての、”幸せだからだ”

経済とは、哲学なり

おれは最近、経済を心の奥底から好きになってきた。きっかけは経済に関する書き物をはじめたからだ......

最近、とある人から、

”経済は哲学なんだよ”

と聞かされた。

初めて知った。

となれば、なぜころほどまでに経済に対する血が騒いでいるのかもうなずける。

最近、経済の読み物、書き物をしているときの自分がものすごく興奮するのを感じる。生まれつきの経済の血でも騒いだのか。

おれは今までずっと経済を否定してきた。どっちかというと経済をマイナスな面からしかみてなかったからな。経済が人を不幸にする。難民、餓死、貧困.....全部が経済が引き金になったものだ。貧しさに苦しんでいる人と引き換えに、お金も市で道楽している人がいる。いや、逆に言えば金持ちがいるから、その犠牲で貧困さが拡大してるんだ。ずっとそう思ってきた。

今でもその考えは変わらない。おれは金持ちが大の嫌いだ!人間クズが。

でも考えは少しずつ変わってきた。経済は正しい方向に進めば人を幸せにできるんだと。工学、医学、すべの分野が成り立ってるのは経済がなりたってるからだ。

よくよく考えてみると、こういうことを考えるのが好きなのは哲学者なんだとな。

そう。気付けば、おれは生まれつき哲学的な思考が働いてたんだ。

そうなると、なぜ今自分が経済に興奮してるのかもうなずける。

そう。経済が哲学の一種だからだ。

たぶん、この先おれは経済の道に進むほうが高い。いや、もうそっちにしか道が見えなくなってきた。

おれは政治家になる気はない。政治家全員が悪いとは言わない。ただ、政治家のほとんどは怒れてる。

自分はしゃべることばかりしか知らず、時が経てば自分が発した言葉と矛盾したことすらやり通す。愚かな奴らめ。

Anwar だろうが Mahathir だろう、小泉だろうが、Obama だろう。おれには知ったことじゃない。おれが Anwar を指示するのは、たまたま ”Modern True Islam” という概念で一致しただけのことだ。別にあいつがやることすべてを認めてるわけじゃない。あいつが "Fitnah"やら残虐やらの道に走れば、おれは即敵に回る。もうそう決めてる。だからおれは Mahathir が大嫌いなんだ。おれは悪に手を染めるような奴らに従ってまで、忠実なでバカな人間にはなりたくない。おれにとっては正義がすべて。

正義とは何か?

この世に正義なんて存在しない。今世界が思ってる正義なんざ、人間が勝手に作ったものだ。間違った人は悪、自分と敵対するものは悪.....そして自分は、自分に従うものだけが正義。所詮、人間はそんなものだ。

そう。逆に言えば、おれにとっての正義は。おれが正しいと思ってることだ。それがおれの正義。

だから、おれにとっての正義は、人を幸せにすること。そして人を幸せにするのは、”正しい”イスラム教徒だけだ。愚かなテロなどに手を染めたイスラムなどではなく、”正しい”イスラム教だ。

”イスラム教、それが我の正義なり”


だが、宗教だけでは人は幸せにはできない。金が必要だ。つまりは経済だ。


結局、宗教と経済が合致した。


”経済とは、哲学なり”

Wanita Solehah

wanita solehah

wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari,
sifat malu pengikat diri,
seindah hiasan di dunia ini,
keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikkan wajahnya,
kemanisan wanita solehah,
tidak terletak kepada kemanjaannya,
daya penarik wanita solehah itu,
bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimim,
dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya
bermain lidah,memujuk rayu,
bukan dan tidak sama sekali,
kepetahan wanita solehah,
bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak
permata yang menyeri alam,
akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan,
kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
hati menyatakan kecantikkan wanita hanya pada akh kaknya,
itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai,
wahai wanita,jangan dibangga dengan kecantikkan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
tetapi jaga dan peliharalah kecantikkan dalaman,
agar diri bersih dan sentiasa mendapat rahmat ilahi,
wahai wanita,jangan berbangga dengan duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
wahai wanita,jangan pula berduka cita atas kekurangan dirimu,
kerana ada insan lain yang lebih malang darimu,
wahai wanita solehah,
jangan dirisau akan jodohmu,
kerana ada muslimin yang bijaksana itu,
tidak akan terpaut pada wanita hanya kecantikkan,
bersyukurlah diatas apa yang ada,
serta berusahalah demi keluarga,bangsa dan agama
salam perjuangan untuk sohabiahku..
wanita solehah,
"wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah"

Kisah Tauladan

Pada suatu hari khalifah keempat, Saidina Ali bin Abi Thalib bertemu dengan Salman al-Farisi dan seperti biasa dia
bertanya tentang keadaan sahabatnya itu "Hai Salman apa khabar hari ini?" tanya khalifah Ali.

"Wahai Amirul Mu'minin, pada pagi ini aku berada di antara empat kesedihan. Pertama, aku sedih memikirkan keluargaku yang meminta roti kepadaku. Kedua aku sedih memikirkan perintah-perintah Allah kepadaku. Ketiga, aku sedih memikirkan pujukan syaitan terhadap jiwaku. Keempat, aku sedih memikirkan soalan malaikat terhadap rohku" jawap Salman.

Mendengar masalah yang dihadapi Salman itu Saidina Ali teringat kepada masalahnya sendiri yang pernah dialaminya beberapa tahun yang telah lalu. Mula-mula dia menasihatkan kepada Salman.

"Wahai Salman, bergembiralah engkau, kerana keempat-empat perkara yang membuatmu bersedih itu malah menambah darjatmu"

Kemudian Amirul Mu'minin bercerita tentang pengalaman serupa yang pernah beliau alami. Pada masa itu beliau menyampaikan masalahnya yang serupa kepada Rasulullah. Pada suatu hari beliau ditanya Rasulullah "Wahai Ali bagaimana keadaanmu hari ini?"

Ali menjawab "Wahai Rasulullah, pada hari ini aku berada pada empat kesedihan. Pertama, di rumah tidak ada apa-apa kecuali air, aku bersedih memikirkan keadaan anak-anakku. Kedua, aku sedih memikirkan ketaatanku kepada Allah. Ketiga aku bersedih memikirkan akibatku dan keempat, aku bersedih
memikirkan malaikat pencabut rohku"

Ali diam sekejap memikirkan sesuatu.

"Pada masa itu," lanjut Ali, Rasulullah menasihatkan:

"Wahai Ali bergembiralah. Sesungguhnya sedih memikirkan keluarga adalah tabir penutup daripada api neraka. Sedih
memikirkan taat kepada Allah itu bererti keselamatan daripada seksa. Dan sedih memikirkan akibat itu adalah
perjuangan, dan berjuang adalah lebih utama daripada beribadah selama 60 tahun. Sedang sedih memikirkan
malaikat pencabut nyawa itu adalah pelebur semua dosa"

Selain daripada itu, Ali juga menyampaikan nasihat Rasulullah yang lain kepada Salman.

"Ketahuilah olehmu bahawa rezeki para hamba itu ada di tangan Allah SWT, maka itu kesedihanmu itu langsung tiada gunanya, sebab ianya tidak membahayakan dan tidak pula menguntungkan. Oleh itu kerana kau mendapat pahala atas kesedihan yang menimpamu itu, jadilah engkau orang yang bersyukur, taat dan bertawakkal kepada Allah maka engkau akan menjadi sahabatNya"

Pada masa itu Ali bertanya kepada Rasulullah "Atas sebab apa aku bersyukur pada Allah"

"Atas agama Islam" jawab Rasulullah.

"Ketaatan macam manakah yang engkau maksudkan wahai Rasulullah?" tanya Ali lagi.

"Bacalah Laa haula wa laa quwwata illa billahi 'aliyyil adhim, engkau akan mengerti" jawab Rasulullah.

"Lalu benda apakah yang mesti aku tinggalkan?" tanya Ali pula.

"Tinggalkanlah marah. Sesungguhnya meninggalkan marah itu boleh memadamkan murka Allah, memberi timbangan yang berat dan membawamu ke syurga" jawab Rasulullah.

Mendengar kisah Ali berkenaan dengan fatwa Rasulullah dalam perkata itu Salman al-Farisi merasa puas hati

"Semoga Allah menambah kemuliaanmu wahai Ali. Sesungguhnya aku ini sedih terutama disebabkan oleh masalah keluargaku" kata Salman.

Ali pun menambahkan lagi "Aku mendengar Rasulullah bersabda,
barangsiapa yang tidak memelihara keluarganya, maka dia tidak mendapat bahagian syurga"

Tetapi Salman tidak boleh memahami ucapan Ali yang terakhir ini dan bertanya "Bukankah Rasulullah pernah bersabda bahawa pemilik keluarga tidaklah bahagia selama-lamanya? "

Mendengar pertanyaan Salman itu Saidina Ali meluruskan maksud hadith Rasulullah yang didengar Salman itu.

"Bukan itu yang dimaksudkan Rasulullah. Jika pekerjaanmu itu halal maka engkau pun bahagia. Hai Salman ketahuilah bahawa syurga itu teramat rindu kepada orang-orang yang susah dan sedih hati kerana memperhatikan yang halal (khuatir terjerumus pada benda-benda yang haram)"

Begitulah Saidina Ali mengakhiri nasihatnya kepada Salman al-Farisi.

----------------------
Petikan dari Buku Menyingkap Peristiwa Dan Keistimewaan Sirah Kehidupan Nabi SAW, Sahabat & Ahli Hikmah

Disusun oleh: Ustaz Abdul Salam Basok Al-Haj.    

Islam Agamaku

Semenjak saya datang ke Jepun ini,aku jadi suka berfikir banyak perkara secara mendalam.Dan salah satu darinya adalah....

Kenapa saya begitu sayang sekali kepada Islam?

Banyak pemikiran,tindak-tanduk,serta keputusan saya,samada secara sedar atau tidak,dipengaruhi oleh ciri-ciri Islam.

Sebenarnya,kalau diimbas kembali sejarah hidup saya,saya boleh dikatakan mengenali Tuhan kita,iaitu Allah yang Esa,agak lebih lambat daripada kanak-kanak Malaysia lain.Saya benar-benar mengenali,dan "memahami" kewujudan Tuhan,ketika umur lebih kurang 14,atau 15 tahun,iaitu semasa Form 2/Form 3.

Sebelum itu,bukanlah saya tidak tahu perkataan Allah,saya biasa mendengarnya ia disebut,tetapi akal fikiran saya tidak dapat menerimanya.

Saya masih ingat,ketika saya berumur lebih kurang 10 tahun,saya pernah melemparkan satu soalan yang sangat mengejutkan ibu saya:

"ibu,betul ke Allah tu ada?Bukan orang tipu ke?"

Bayangkan,betapa paniknya ibu saya ketika itu.Saya masih ingat lagi wajahnya itu.

Tetapi saya memang tanya kepadanya dengan penuh persoalan,dan bukan untuk menafikannya.Sebab akal fikran saya ketika itu tidak dapat menerimanya.

Ketika saya Form 3,saya banyak baca buku-buku berkaitan perbicaraan mengenai Tuhan.Dari situ saya telah dapat tahu mengenai "Trinity" yang dipercayai oleh kaum Kristian.

Bila menginap di hotel,dan terjumpa "Bible",saya ambil dan membacanya.

Kenapa?

Sebab saya mencari kebenaran.Sebab saya inginkan bukti kepada apa yang saya percaya.Ketika itu saya sangat pelik,kenapa kawan-kawan saya disekeliling boleh percaya kepada agama ini,tanpa mengetahui bukti-bukti yang jelas?Mereka tidak pernah rasa hairan ke?

Begitulah segala persoalan dalam hati saya,yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya,dan Allah sahaja yang tahu,betapa saya terseksanya,soalan ini bermain-main di dalam kepada saya.

Mana buktinya?Siapa yang mula-mula buat benda(kepercayaan) ini semua?

Alhamdulillah,kini semua persoalan itu sudah semuanya terjawab.

Agama kita dibawa oleh baginda Muhammad S.A.W.

Bukti-bukti kewujudan Allah S.W.T kita boleh nampak di sekeliling kita.Matahari,bintang,bulan,tanah,semut,air....semua menjadi bukti kepada kewujudan Allah.

Bila diimbas kembali sejarah hidup saya,Islam banyak juga "menyelamatkan" saya.Jika saya tidak menemui kebenaran dalam Islam,mungkin saya sudah tidak wujud lagi di dunia ini.

Sudah berapa kali,saya pernah tergerak hati untuk membunuh diri,tatkala ditimpa oleh pelbagai soalan,yang tidak tahu ke mana harus diluahkannya,dan tidak tahu dengan siapa harus dikongsi bersama.

Saya dilahirkan dalam kalangan orang Melayu.Namun,"backgroud" saya benyak dipengaruhi juga dengan budaya Jepun,kerana zaman kanak-kanak saya benyak dihabiskan di sana.

Ketika berada di Jepun,saya dipanggil orang asing,dan sememangnya dipandang sebagai orang asing,kerana rupa,kulit,dan bahasa yang dituturkan berbeza.

Setelah  5 tahun di sana,dan semakin berjinak dengan suasana di Jepun,saya dibawa pula pulang ke tanah air,tempat di mana saya dilahirkan.

Saya pulang dengan perasaan "harapan",kerana selama berada di Jepun,saya hidup sebagai orang asing,nama berbeza,makanan berbeza.Kini saya akan pulang ke tempat saya dilahirkan,dan tidak lagi diterima sebagai orang asing.

Adakah dunia ini begitu mudah sekali?

Tidak!Dunia ini tidak sesekali semudah itu.

Saya pulang ke Malaysia,dan sepatutnya diterima sebagai "orang tempatan",tetapi keadaan yang berlaku ke atas saya,masih sama sepertimana saya berada di Jepun,bahkan lebih teruk dari itu.Saya diejek,kerana orang Melayu,tetapi tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu.Saya dihina,kerana orang Malaysia,tetapi tidak tahu langsung mengenai Malaysia,hatta nama-nama negeri Malaysia saya tidak tahu.

Di Jepun,walaupun sudah 5 tahun berada di sana,namun masih banyak juga perkara yang saya tidak tahu.Tetapi jika saya bertanya kepada orang sekeliling,mereka akan menjawab dengan baik,kerana mereka tahu saya orang asing,dan saya tidak mengetahuinya.

Tetepi keadaan berbeza bila saya berada di Malaysia.Jika saya bertanya soalan-soalan yang saya tidak tahu,ada yang berkerut muka,kepelikan,ada yang tertawa kerana lucu dengan soalan saya,kerana mereka menganggap saya sudah mengetahuinya,kerana saya orang Malaysia,Tetapi saya MEMANG TIDAK MENGETAHUInya,dan saya ingin tahu,sebab itu saya berTANYA.Kenapa tertawa?Kenapa berkerut?Begitu pelik sekalikah soalan yang saya tanya?

Tidak ada seorang pun yang tahu,betapa pilunya hati saya ketika itu,mengetahui tidak ada tempat yang akan menerima kewujudan saya ke mana saya pergi,hatta ke tanah air,Malaysia sekali pun.Allah sahaja yang mengetahui perasaan saya ketika itu.

Namun,segala kegelapan,kesedihan,kepiluan saya terubat dengan bertemunya saya dengan "Islam".Islamlah penyelamat hati saya.Islamlah cahaya yang telah menerangi hidup saya.

Walaupun tidak ada tempat yang akan menerima saya sebangsa dengan mereka,namun mereka akan terima saya sebagai "orang Islam".Ke mana saya pergi pun,semua orang akan terima saya sebagai"Islam".

Betapa seronoknya saya,akhirnya menemui juga tempat yang sudi menerma kewujudan saya.

Ketika itu,saya berumur 12 tahun.

Mulai saat itu,saya telah banyak meluangkan masa berfikri berkaitan ketuhanan,dunia,akhirat,perkara-perkara ghaib,kerana semua itu benda baru bagi saya.Bagi orang lain,mereka mungkin tidak kisah,kerana mereka ada tempat yang sudi menerima mereka.Berbeza dengan itu,bagi saya Islamlah satu-satunya tempat yang menerima saya.Tetapi dimanakah Islam?Ke mana saya harus pergi,untuk berjumap dengan Islam?

Saya mencari-cari di mana Islam,mencari-cari satu-satunya tempat yang menerima kewujudan saya.Saya mula mengenali Allah,mengenali Muhammad,Al-Qur'an,rukun Islam,rukun Iman..........dan dunia Islam.

Betapa leganya hati saya ketika itu.

Sampai sekarang,keadaan yang sama masih berterusan.Setiap kali saya cuba ingin percaya kepada manusia lain,ada sahaja halangan kepada saya.Pada peringkat awal,kebiasaannya tidak ada masalah.Namun bila mereka mula mengenali identiti saya yang sebenarnya,maka mulalah perangai-perangai yang kurang menyenangkan hati saya.Mulalah mereka tertawakan saya dengan perkara-perkara yang menghina bagi saya.

Tetapi sekarang,saya tidaklah sepilu dahulu.Sekiranya saya berasa sedih,saya ada tempat untuk meluahkannya.Setiap kali terasa keseorangan,saya akan teringat kepada Allah,dan merasai Allah sentiasa berada bersama saya.

Islam,betapa sayangnya aku kepada mu.

Islam..................

人は不完全なり

不完全

人間に完全なやつなどいない......だからこそ人間は支えあって生きていく必要がある......強いものは弱いものを、そしてまた強いものも 弱いものの力があって強くなれる......賢いものはバカなものを、そして賢いものもバカなものがいるから賢くいられる.....優しいものは頑固なも のを、頑固なものは優しいものを、良いものは悪いものを、悪いものは良いものを、男は女を女は男を、親は子を、子は親を、先生は生徒を、生徒は先生を、政 治家は国民を、国民は政治家を......みんなそれぞれお互いに支えあっているからこそこの世界は成り立ってる.

だけど世界もまた不完全なもので、自分を完全な人物だと思い込んでるやつがいる......こういうやつが世界の秩序を乱してる........こういうやつが人を傷つける......悲しいな.....なんでこうも人はもろいのか.....


人 生は不完全だからこそ生きていく意味がある......最初から完全な人生など生きていくことに何の価値もない......失敗もなければ、悲しみもな い、苦しみもない,.....まったく一通り決まった人生......常に完全だから.....先はもうわかる....いや....先が決まったそんな人 生......生まれてきた意味がまるで理解できない......完全で先が決まってるのならば......生まれてきても生まれなくても同じことではな いのか.....なんせ生きている実感がないから.......

人間は完全ではない....だからこそ生きていける.....

それがおれが見出した.....”答え"